JANUARI 2023

Dana Infrastruktur Diguna Secara Telus Demi Manfaat Rakyat


KUCHING: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) berjaya mengurangkan projek sakit di negeri ini.

Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak 91 projek sakit direkod pada Julai 2022.

"Bagaimanapun, bilangannya berjaya dikurangkan kepada 35 (projek sakit) pada November 2022," katanya dalam perutusan tahun baharu 2023.

Uggah berkata, tempoh sehingga Julai 2023 diberi kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyiapkan tender kesemua 35 projek sakit terbabit.

Selain itu, beliau juga mendedahkan MIPD mempunyai bajet sebanyak RM795.7 juta pada tahun 2023 bagi menjalankan infrastruktur baharu, pelabuhan sungai, bangunan awam dan kerajaan.

"Kita perlu menggunakan dana ini sepenuhnya dan dengan telus supaya rakyat, terutama mereka yang jauh di pedalaman menikmatinya," tambahnya.

Sumber dari : Jiwa Bakti